fbpx

Penduduk runsing air paip keruh, berbuih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noranissa Izzati menunjukkan air yang keruh dan berbuih di kediamannya di Taman Desa Mekar, Parit Buntar hari ini. Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

PARIT BUNTAR – Sebahagian penduduk di sekitar daerah Kerian terpaksa membeli air bersih atau ditapis dari luar untuk diminum setelah didapati kualiti air di kediaman mereka keruh dan berbuih.

Penduduk di Taman Desa Mekar, Noranissa Izzati Muhamad Nor, 22, berkata, masalah yang membelenggu mereka itu telah berlaku hampir seminggu.

“Saya telah membuat aduan kepada Lembaga Air Perak (LAP) berhubung perkara itu beberapa hari yang lalu.

“Bagaimanapun, kualiti air yang diterima masih nampak kotor dan berbuih seperti air berkarbonat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mekar di sini hari ini.

Menurutnya, ada dalam kalangan penduduk di tamannya terpaksa menggunakan air yang tidak bersih itu untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan lain.

“Sekiranya LAP nak buat kerja pencucian atau menaik taraf, sepatutnya maklumkanlah kepada penduduk supaya semua boleh buat persediaan awal. Tiada notis langsung yang diterima oleh kami semua, tiba-tiba sahaja air sudah kotor,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Mohd. Hussin Deraman, 42, berkata, dia berasa bimbang sekiranya kualiti air tersebut menjejaskan kesihatan penduduk sekiranya mereka terpaksa terus-menerus menggunakan air berkenaan.

“Kalau kami semua minum air dalam keadaan begini, jika ditimpa sakit siapa yang nak bertanggungjawab?

“Bil bulanan kami sentiasa bayar tapi kualiti air yang diterima tidak bersih dan tidak selamat untuk digunakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI