TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas, pagi ini selepas dipercayai terjatuh ke dalam muara sungai di Kampung Kurnia Jaya semalam.
Dalam penemuan sekitar pukul 6.45 pagi itu, mayat sebagai Adwa Iman Muhammad Iswan berusia dua tahun ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia pihak berkuasa.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Susulan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan, operasi SAR ditamatkan pada pukul 7.40 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, kanak-kanak terbabit dipercayai sedang bermain di belakang rumahnya di Kampung Kurnia Jaya semalam sebelum tergelincir ke dalam muara dan dihanyutkan arus deras. – KOSMO! ONLINE