fbpx

Kawasan banjir bertukar lokasi pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memenuhi lokasi yang dilanda banjir di Riau. – X

JAKARTA – Sebuah lokasi di wilayah Riau yang dilanda banjir bertukar menjadi kawasan pelancongan apabila orang ramai memenuhi tempat tersebut untuk mandi-manda, lapor portal betrita Okezone hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform X, sebuah kawasan ladang kelapa sawit yang ditenggelami air banjir dipenuhi dengan penduduk.

Di satu sudut kawasan tersebut, arus air dilihat agak deras, namun ia tetap menjadi tumpuan pengunjung yang mandi-manda dengan santai.

Turut kelihatan adalah beberapa peniaga yang mengambil kesempatan membuka gerai jualan di sekitar kawasan tersebut.

“Penduduk Riau memang hebat. Bencana banjir boleh dijadikan lokasi pelancongan yang lengkap dengan gerai jualan,” ujar keterangan video tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kawasan banjir di Indonesia memang sering menjadi lokasi pelancongan. Ada juga yang menangkap ikan (dalam air banjir),” kata seorang netizen.

“Menutup kesedihan dengan kebahagiaan,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI