fbpx

Wanita Palestin guna cebisan kain khemah tampung haid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Plestia menceritakan kesukaran wanita Palestin untuk mendapatkan produk tuala wanita.

PETALING JAYA – Kesukaran mendapatkan tuala wanita ekoran konflik Palestin dan Israel ketika ini menyebabkan golongan wanita Palestin yang ‘datang bulan’ terpaksa menggunakan apa sahaja barangan sesuai untuk menampung haid mereka.

Menerusi perkongsian seorang wartawan Gaza, Plestia Alaqad menceritakan, ada wanita terpaksa menggunakan cebisan kain khemah dijadikan sebagai pengganti tuala wanita ekoran kesukaran mendapatkan produk tersebut.

“Wanita berdepan kepayahan, malah saya pernah nampak satu kiriman sebelum ini yang mana seorang wanita Palestin menggunakan cebisan kain daripada khemah untuk dijadikan sebagai ‘pad’,” katanya menjawab soalan seorang pengikutnya menerusi Insta Story malam tadi.

Dalam masa sama, ditanya sama ada penduduk Gaza dibenarkan untuk ke Tebing Barat, Plestia memberitahu, mereka perlu memohon permit untuk ke sana.

“Anda memohon untuk permit, sama ada ia diterima atau ditolak,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut berkata, melihat kepada sokongan orang ramai kepada Palestin antara perkara yang membuatkannya berasa tenang dan gembira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI