fbpx

‘4 hidangan sehari untuk tahanan warga asing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang pemuda mendedahkan warga asing yang ditempatkan di depoh tahanan diberi makan sehingga empat hidangan dalam sehari.

Menurut ciapan oleh Naim Zaini, dia mengetahui tentang perkara berkenaan daripada bapa saudaranya yang mendapat tender Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Melaka.

“Sebenarnya bukan dalam konteks perkhidmatan kesihatan sahaja, pak cik aku dapat tender Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Melaka untuk bekalkan makanan kepada semua warga asing yang ditempatkan di depoh tahanan.

“Katanya, dia kena sediakan empat hidangan sehari untuk semua warga asing di situ termasuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

“Sampai macam itu sekali sifat kemanusiaan kerajaan kita. Selagi mereka (warga asing) ada dekat situ, selagi itu kerajaan kena bagi mereka makan,” ciapnya.

Ciapan tersebut bagi mengulas penerangan seorang doktor yang menjelaskan tentang beban kewangan ditanggung kerajaan untuk warga asing dalam konteks perkhidmatan kesihatan.

Tambah Naim, warga asing di depoh tahanan boleh diibaratkan bagai orang mengantuk disorongkan bantal kerana tidak perlu bersusah-payah untuk mencari sesuap nasi lagi.

“Yang kedua, kalau kerajaan tampung kos hantar balik, dah tak perlu pening cari duit beli tiket penerbangan. Tak suap makan, nanti meninggal pula sorang-sorang dekat depoh tahanan tu.

“Dah satu hal pula nak kena kebumi. Selagi mereka tak dihantar balik, selagi tu kerajaan kena tanggung bekalan elektrik, air dan makan minum mereka,” katanya.

Dalam pada itu, kata Naim lagi, warga asing sememangnya beban sangat berat buat kerajaan Malaysia kerana kos yang perlu ditanggung menelan belanja yang besar.

“Nak hantar mereka (warga asing) pulang ke negara asal makan masa. Kos pengangkutan nak hantar mereka balik pun dibiayai kerajaan juga.

“Baik betul Malaysia. Belum cerita lagi subsidi kerajaan yang mereka nikmati. Diorg memang beban yang berat bagi kerajaan kita,” ciapnya lagi.

Sehingga kini ciapannya telah mendapat lebih 2,200 ulang ciap dan 1,900 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI