HANOI – Data disiarkan oleh firma Seasia Statistik yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia menunjukkan 72.8 peratus rakyat Vietnam menggunakan motosikal, lapor portal berita tuoi tre news semalam.
Ia sekali gus menjadikan Vietnam juara dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara dari segi bilangan pengguna motosikal.
Menurut laporan Seasia, populariti motosikal di Vietnam boleh dikaitkan dengan kos penggunaannya yang rendah, fleksibiliti dan cekap tenaga.
Laporan itu juga menekankan penguasaan motosikal di Vietnam berbanding negara Asia Tenggara yang lain.
Dalam pada itu, di Singapura, jumlah penggunaan motosikal menjunam kepada 2.4 peratus.
Tempat kedua ialah Brunei dengan kadar penggunaan motosikal ialah 67.2 peratus.
Malaysia menduduki tempat ketiga dengan kadar penggunaan motosikal sebanyak 45.3 peratus.
Seasia mengaitkan penggunaan motosikal yang meluas di Vietnam ekoran kemampuan penduduknya, baik dari segi harga dan kos penyelenggaraan yang berterusan, berbanding kereta. – AGENSI