fbpx

‘Bakso kubur’ laris lebih 500 mangkuk sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai Bakso Si Jangkung mula meraih populariti selepas ia sering dikunjungi oleh pesohor YouTube dan ‘vlogger’ makanan. – Detik Food

JAKARTA – Sebuah gerai bakso di Kebon Jeruk, Jakarta menjadi tular dan menggamit kedatangan ramai pelanggan setiap hari meskipun berada betul-betul di hadapan kawasan perkuburan, lapor portal berita Viva.

Gerai Bakso Si Jangkung itu meraih populariti selepas ia sering dikunjungi oleh pesohor YouTube dan ‘vlogger’ makanan yang kemudiannya memuat naik kandungan mengenai hidangan tersebut di media sosial.

Pemilik gerai dikenali sebagai Pak Jangkung berkata, setiap hari, dia boleh menghabiskan sehingga 50 kilogram daging lembu untuk dijadikan bakso atau bebola daging.

Dalam masa sehari, lebih 500 hidangan bakso terjual dengan jumlah itu meningkat berkali ganda ketika hujung minggu.

Meskipun gerai itu terletak di hadapan kawasan perkuburan, orang ramai tidak menghiraukan keadaan itu, malah ia seolah-olah menjadi tarikan kepada mereka.

Disebabkan itu, ada dalam kalangan netizen yang mendakwa mengenai wujudnya elemen pelaris disebabkan kedudukan gerai tersebut.

Namun, dakwaan tersebut ditolak oleh beberapa pengguna lain.

“Sikit-sikit pelaris! Orang yang cakap begitu sebenarnya dengki dengan usaha orang lain,” kata seorang pengguna. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI