JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita yang berguling-guling di atas jalan kerana dikatakan merajuk dengan teman lelakinya, lapor portal berita Okezone kelmarin.
Dalam video tersebut, wanita yang pada awalnya sedang membonceng ojek (teksi motosikal) itu secara tiba-tiba turun daripada kenderaan tersebut.
Dia dilihat menangis sambil meraung dan melempar topi keledar yang dipakai sebelum berguling-guling di atas jalan.
Gadis itu kemudian memarahi penunggang ojek, namun tidak jelas butiran percakapannya.
Menurut penunggang ojek dan beberapa individu yang berada di lokasi kejadian, wanita itu dikatakan sedang memarahi teman lelakinya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Sudah pandai bercinta (sudah dewasa) tetapi mengapa tantrum seperti kanak-kanak dua tahun?” soal seorang netizen.
“Ini bukan merajuk tetapi kena rasuk,” kata pengguna lain. – AGENSI