fbpx

Konflik Palestin-Israel: Peneroka haram Yahudi sokong penduduk Gaza dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sejumlah keluarga Palestin berpindah ke tempat yang selamat di Gaza. - Foto AFP

TEL AVIV –  Kajian oleh firma kaji selidik, Direct Polls di Israel mengesahkan bahawa majoriti peneroka haram Yahudi menyokong pengusiran besar-besaran penduduk Palestin oleh tentera Rejim Zionis di Semenanjung Gaza, lapor portal berita Al Mayadeen semalam.

Kajian itu kemudian disiarkan oleh Wakil Tetap Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon di platform X.

Keputusan itu menunjukkan 68 peratus peneroka haram Yahudi sangat menggalakkan ‘perpindahan sukarela penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.’

Kaji selidik itu juga mendapati 15 peratus responden agak menggalakkan imigrasi sukarela penduduk  Gaza, manakala 8 peratus lagi tidak begitu menyokong pergerakan tersebut.

Cuma sembilan peratus sahaja menentang usaha tersebut.

Pada  Oktober lalu, Menteri keselamatan Israel, Yoav Gallant telah mengarahkan bekalan elektrik, air dan makanan diputuskan di Gaza selepas Hamas melaksanakan Operasi Taufan Al Aqsa dengan melakukan serangan ke atas Rejim Zionis.

Pada  November lepas, Menteri Warisan Israel, Amihai Eliyahu berkata, senjata nuklear merupakan satu pilihan yang boleh digugurkan di Gaza. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI