fbpx

Kesihatan Celine Dion makin teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELINE DION

SELEPAS setahun menderita masalah sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS), keadaan penyanyi terkenal dunia, Celine Dion dilaporkan semakin buruk apabila dia kini tidak boleh mengawal pergerakan tubuhnya.

Menurut kakaknya, Claudette, dalam temu bual bersama 7 Jours, keadaan penyanyi itu tidak menunjukkan perkembangan yang baik.

“Sangat sedih apabila adik saya tidak boleh mengawal pergerakan ototnya. 

“Kami telah berusaha melakukan pelbagai usaha untuk melihat dia sembuh, namun keadaan menjadi sebaliknya,” ujar Claudette.

Claudette turut memaklumkan, ibu mereka tidak putus memberikan kata-kata semangat dan menghiburkan Celine agar kembali sihat. 

Bagaimanapun, melihat keadaan Celine, mereka hanya mampu berharap ada keajaiban berlaku.

“Saya minta maaf kepada peminat Celine kerana telah mengecewakan kalian. Kami telah berusaha keras untuk mengembalikan penyanyi kesayangan anda,” kata Claudette.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI