JAKARTA – Satu rakaman video tular menunjukkan situasi sebuah telefon bimbit dilarikan oleh seorang pencuri ketika pemiliknya sedang leka menggunakan peranti itu di tepi jalan raya, lapor laman berita Prohaba hari ini.
Kejadian berlaku di Medan pada Selasa minggu lalu, manakala detik mangsa dirompak dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV).
Ketika asyik bermain dengan telefon bimbitnya dekat sebuah kenderaan, seorang lelaki yang menunggang motosikal secara tiba-tiba datang ke arah mangsa lalu merampas peranti tersebut.
Mangsa kemudian bertindak mengejar pencuri yang melarikan diri dengan menggunakan motosikal. Ketika mengejar, dia terjatuh lalu menyebabkan pencuri lesap.
Klip video itu kemudian menjadi tular di media sosial dengan ada netizen menasihati agar jangan menggunakan telefon bimbit ketika berada di jalanan.
“Jangan beri kesempatan pada orang yang lalu lalang,” tulis @humairabalfas seperti dilaporkan Tribun Medan. – AGENSI