fbpx

15,000 diberkas dalam serbuan narkotik di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Tentera Laut Sri Lanka menunjukkan antara heroin yang dirampas dalam satu operasi di Colombo pada 25 Januari 2022. – AFP

COLOMBO – Polis Sri Lanka menahan hampir 15,000 individu sepanjang kempen antinarkotik yang disokong tentera selama seminggu, dalam satu tindakan keras yang dikecam oleh aktivis hak asasi manusia.

Menurut polis, operasi dinamakan Yuktiya atau Keadilan itu membawa kepada rampasan hampir 440 kilogram (kg) dadah termasuk 272 kg ganja, 35 kg ganja jenis hasyis dan 9 kg heroin.

Pihak berkuasa percaya bahawa negara kepulauan di Lautan Hindi itu digunakan sebagai lokasi transit bagi kegiatan penyeludupan dadah.

Menurut kenyataan polis, seramai 13,666 suspek diberkas, manakala hampir 1,100 penagih dadah ditahan dan dihantar ke pusat pemulihan yang dikendalikan oleh tentera.

Video disiarkan media tempatan menunjukkan polis dan tentera menggunakan anjing pengesan untuk menggeledah sebilangan rumah di bandar ibu negara, Colombo dan beberapa lokasi lain.

Polis berkata, serbuan dihentikan seketika ketika perayaan Krismas disebabkan para pegawai perlu dikerah untuk tugasan-tugasan berkaitan keselamatan. Ia bakal disambung semula esok.

Seorang peguam hak asasi manusia, Hejaaz Hizbullah berkata, serbuan polis adalah tidak sah kerana mereka menjalankan operasi tanpa waran.

Hejaaz turut menggesa individu yang ditangkap agar memberikan butiran mengenai pegawai-pegawai polis terlibat bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan undang-undang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI