fbpx

Konflik Palestin-Israel: Protes gesa boikot jenama pro-Israel di Oxford Street

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH penunjuk pro-Palestin melakukan protes kedai-kedai pro-Israel di London semalam. - Foto PA

LONDON – Ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin melakukan demonstrasi dengan menghalang lalu lintas di sekitar Oxford Street pada salah satu hari beli-belah paling sibuk menjelang sambutan Krismas, lapor laman berita The Sun semalam.

Mereka berarak perlahan-lahan termasuk di Regent Street dan Carnaby Street, sambil memegang sepanduk dan meminta orang ramai agar tidak membeli-belah ketika bom digugurkan di Gaza.

Tindakan itu memaksa sejumlah kedai menutup perniagaan masing-masing.

Para penunjuk perasaan turut menggesa orang ramai yang membeli-belah supaya memboikot syarikat-syarikat pro-Israel.

Premis yang menjadi sasaran boikot termasuk restoran makanan segera McDonald’s, Domino’s, Sodastream dan Papa Johns.

Terdapat juga laungan khas terhadap syarikat fesyen terkenal, Zara iaitu: “Zara, Zara, anda tidak boleh bersembunyi. Berhenti menyokong pembunuhan beramai-ramai.”

Sementara itu, Polis Metropolitan London berkata dalam satu kenyataan: “Anggota kami berada bersama kumpulan itu sepanjang masa dan gangguan tersebut dipantau dengan teliti.

“Sebahagian kedai membuat keputusan untuk menutup pintu buat masa singkat ketika protes tetapi kemudian membukanya semula.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI