fbpx

Hari Krismas momentum selalu mencintai tanpa mengira masyarakat – Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sambutan Hari Krismas yang disambut penganut agama Kristian diharap menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar.

“Sehubungan itu, semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

“Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun,” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI