fbpx

Suami isteri lalok syabu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis menahan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki suami isteri di Jalan Muar-Yong Peng, Batu Pahat kira-kira pukul 6 petang semalam.

BATU PAHAT – Sepasang suami isteri dicekup ketika cuba melarikan diri sewaktu pemeriksaan rondaan cegah kemalangan di sekitar daerah ini petang semalam.

Pasangan berusia 27 dan 29 itu ditangkap pada pukul 6 petang di Jalan Muar-Yong Peng di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan kereta Proton Saga dinaiki dua individu dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

Menurutnya, anggota polis mengarahkan suspek memberhentikan kereta di tepi jalan di hadapan sebuah kilang di Sri Medan di sini.

“Bagaimanapun, pasangan itu keluar kereta dan melarikan diri namun mereka dapat ditahan pasukan bantuan dari Balai Polis Sri Medan.

“Pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui satu paket dipercayai berisi ganja dan satu paket lutsinar bahan disyaki syabu dalam beg sandang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, suspek lelaki merupakan individu dikehendaki polis berhubung kes dadah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

Mereka juga positif methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) akta yang sama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI