fbpx

EPL: Tiga pemain nadi utama West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUDUS terus menemui sentuhan jaringan apabila menyumbang satu gol ketika West Ham menewaskan United kelmarin. - AFP

LONDON – Pengendali West Ham United, David Moyes memuji aksi terbaik dipamerkan tiga pemainnya yang paling menonjol ketika mereka meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester United kelmarin.

Pada aksi tersebut, prestasi yang dipamer Lucas Paqueta yang berjaya melakukan umpanan gol serta dua penjaring mereka, Jarrod Bowen dan Mohammed Kudus berjaya memikat perhatian Moyes yang menganggap mereka tonggak penting kejayaan pasukan itu.

Kemenangan itu menyaksikan The Hammers kini berjaya mendaki tangga carta Liga Perdana Inggeris apabila menghuni kedudukan keenam selepas meraih tiga kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

“Apabila Lucas diletakkan sebagai pemain No. 9, dia berjaya memberikan aksi yang cukup luar biasa. Cara dia menyimpan bola, menghubungan bahagian tengah dan serangan menjadi cukup lancar.

“Saya percaya jumlah umpanan gol yang dihasilkan musim ini pasti mampu mengatasi apa yang dilakukan musim lalu. Lucas, Jarrod dan Mo (Kudus) melakukan tugas seperti apa yang kami rancang ketika latihan.

“Apa yang sedikit mengecewakan saya adalah mengenai kekurangan kami dalam mencipta sesuatu menerusi set-piece. Saya fikir kami agak kemarau jaringan menerusi peluang tersebut musim ini,” katanya.

Rekod West Ham di Stadium London setakat ini cukup baik apabila mereka beraksi tanpa sebarang kekalahan sejak tujuh perlawanan lalu dan sepajang tempoh tersebut mereka berjaya meraih enam kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI