fbpx

Pesakit gout kronik terlantar sejak setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhardy (kiri) menerima sumbangan barang makanan daripada Datuk Nor Shahbudin di rumah ibu saudaranya baru-baru ini. -Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Penyakit gout yang kronik menyebabkan seorang pemuda dari Jalan Aziz Kampung Jalan Kebun terlantar di katil sejak setahun yang lalu.

Mohd. Shuhardy Mohammed Sarbin, 43, berkata, beliau kini dijaga ibu saudaranya setelah penyakitnya itu membuatkan tubuhnya menjadi lemah.

Mohd. Shuhardy berkata, beliau tiada sumber pendapatan dan mengharapkan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM300 yang diterimanya sejak empat bulan lalu.

“Semasa diserang penyakit gout kronik saya masih bekerja, setelah gout menyerang seluruh badan saya terus terlantar. Tidak boleh bangun.

“Baru sekarang saya boleh bergerak tetapi lutut saya memang tidak berdaya. Saya pun perlu berhati-hati makan ubat dibimbangi buah pinggang rosak,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui pada Program Kunjungan Prihatin beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Klang.

Turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanik Klang, Datuk Nor Shahbudin Monil dan Pengerusi 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd. Ali Zakariah.

Mohd. Shuhardy yang masih bujang berkata, beliau berharap ada pihak yang membantu dirinya yang kini tiada pendapatan yang mencukupi setelah penyakit tersebut menyerang.

“Sakit ini kadang-kadang menyebabkan saya menjadi resah. Apabila asid urik meningkat badan menjadi lemah.

“Memang saya belum cukup pulih untuk bekerja seperti dahulu. Berbanding setahun lalu badan saya dalam lingkungan 90 kilogram (kg) kini sudah menjadi 50 kg,” katanya.

Orang ramai yang ingin menderma boleh memasukkan sumbangan tunai ke akaun Maybank 162786287419 Mohd. Shuhardy Mohammed Sarbin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI