fbpx

EPL: Ketumpulan penyerang Manchester United ‘makan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan dengan mengalami tiga kekalahan termasuk berdepan West Ham kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag kekal percaya barisan penyerangnya mampu mengubah nasib pasukan biarpun mereka sedang melalui tempoh terburuk kemarau jaringan sejak 31 tahun lalu.

Musim ini menyaksikan United tewas separuh daripada 26 perlawanan yang dilalui setakat musim ini termasuk tumbang 0-2 berdepan West Ham United kelmarin yang menyaksikan mereka gagal meledak sebarang gol dalam empat perlawanan berturut-turut.

“Kami ada pemain yang mampu menjaringkan gol dan mereka telah membuktikannya sebelum ini. Kami sedar mengenai situasi yang berlaku ketika ini bahawa kami tidak mampu melakukannya sebagai satu pasukan.

“Kami perlu memikul tanggungjawab ini, bola sepak mengenai menjaringkan gol dan memenangi perlawanan. Pasukan berdepan banyak isu termasuk kecederaan, tetapi para pemain di padang memiliki kemampuan untuk memenangi perlawanan.

“Buat masa ini, kami gagal melakukannya, namun kami perlu kekal bersama dan para pemain perlu yakin mereka mampu melakukannya. Cuma, para pemain perlu tahu bila dan di mana tempat yang sesuai untuk mereka berada bagi menghasilkan gol,” katanya.

Mengulas mengenai aksi menentang West Ham, Ten Hah mengakui bahawa mereka terpaksa membayar dengan harga mahal kegagalan menyempurnakan peluang terutama menerusi Alejandro Garnacho yang mendapat kesempatan terbaik.

“Kami melalui 72 minit perlawanan dengan mendapat banyak peluang, kami sepatutnya mampu mendahului perlawanan, namun gagal menyempurnakan peluang. Garnacho berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, tetapi gagal menghasilkan jaringan,” jelasnya.

Ten Hag turut mengakui situasi kecederaan dan masalah konsistensi pada bahagian pertahanan menyumbang kepada situasi sukar dilalui pasukannya ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI