fbpx

Posisi ‘jeneral’ Harimau Malaya sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILKIN (kiri) mahu membuktikan keupayaannya agar tersenarai dalam kesebelasan utama ke Piala Asia bermula 13 Januari ini.

BINTANG Harimau Malaya, ­Stuart Wilkin mengakui saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi memainkan peranan sebagai ‘jeneral’ tengah pada Piala Asia 2023 di Qatar bulan depan.

Tonggak berdarah kacukan Malaysia-England itu berharap dapat membuktikan keupayaan sebenar kepada barisan kejurulatihan diketuai Kim Pan-gon apabila para pemain dikumpulkan kembali dalam kem latihan pusat kebangsaan esok.

Kata Wilkin, cabaran kali ini agak sukar kerana kesemua 26 pemain yang dipanggil skuad kebangsaan masing-masing memiliki kualiti yang cukup hebat.

“Berdasarkan senarai pemain, kita boleh lihat cabaran untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama agak sukar khususnya di posisi tengah. Semua pemain yang dipanggil cukup berkualiti dalam kancah liga kita.

“Apa yang boleh saya lakukan adalah bekerja keras pada sesi latihan. Saya juga perlu cuba kekalkan rentak konsisten de­ngan harapan peluang untuk ber­aksi di perlawanan sebenar dapat direalisasikan,” kata pemain tengah Sabah FC itu.

Wilkin yang baru berusia 25 tahun, dijangka bersaing se­ngit dengan empat tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Afiq Fazail, Natxo Insa, Syamer Kutty Abba dan Endrick Dos Santos.

Dua lagi pemain di posisi tengah iaitu kapten Selangor FC, Brendan Gan dan Paulo Josue yang mewakili Kuala Lumpur City FC (KL City) turut tersenarai dalam panggilan kali ini.

Harimau Malaya dijadualkan menjalani sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula esok sebelum berlepas ke Asia Barat untuk meneruskan latihan fasa kedua nanti.

Daripada 26 nama yang dipanggil, tiga daripada senarai itu akan disingkirkan pada saat akhir oleh Pan-gon dengan hanya 23 pemain dibawa ke pentas Piala Asia 2023 bermula 13 Januari hingga 10 Februari 2024.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E, dijadualkan menentang Jordan pada 16 Januari ini disusuli Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI