fbpx

Tumbesaran terbantut tak halang Syira berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO majlis konvokesyen Syira tular dalam TikTok.

BENAR kata orang, kekurangan dalam diri bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan yang diimpikan.

Itulah yang dibuktikan oleh gadis kecil molek bernama Nur Syahirah Mohd. Wari selepas videonya menerima skrol pada majlis konvokesyen baru-baru ini tular dalam aplikasi TikTok.

Meskipun dilahirkan istimewa dan hanya memiliki ketinggian 124 sentimeter, namun dia tetap cekal menghabiskan pengajian Diploma Reka Bentuk Media Digital di Kolej

Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan.

“Sebenarnya, majlis itu sudah lama berlalu iaitu pada Mac. Cumanya, saya baru posting (muat naik hantaran) kerana ingin berkongsi hasil penggambaran.

“Tidak sangka pula ia tular di TikTok dan ramai orang perkatakan tentang saya.

“Saya terharu sebab ramai komen cakap saya comel. Tiada yang pandang negatif, komen-komen semua positif,” katanya kepada iGen.

Dia yang kini melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di sebuah kolej swasta secara separuh masa berharap, mereka yang senasib dengannya tidak mudah merendah diri.

“Menerusi perkongsian ini, saya harap mereka yang senasib dengan saya tak mudah rasa down (rendah diri).

SYIRA (empat dari kiri) bergambar bersama keluarga tercinta.

“Setiap manusia ada kekurangan dan tiada yang sempurna.

“Kita tidak boleh takut untuk ke depan kerana setiap kekurangan pasti ada kelebihan,” ujarnya.

Gadis yang mesra disapa Syira dalam kalangan rakan dan keluarga itu berkata, dia juga tidak terlepas daripada perasaan tersebut (merendah diri), namun bangkit untuk terus maju.

Dia yang kini bekerja sebagai pereka grafik di Puncak Alam, Selangor turut mengimbas detik-detik awal didiagnos menghidap masalah tulang yang membantutkan tumbesarannya.

Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia membesar secara normal, namun mula menyedari ketinggiannya terbantut ketika menuntut di sekolah menengah.

“Masa kecil memang tak dapat detect (kesan) lagi. Namun, apabila masuk ke sekolah menengah baru perasan.

“Jadi, saya tertanya-tanya juga kenapa tak tinggi-tinggi? Bila pergi hospital, dapat tahu saya ada masalah tulang.

“Doktor maklumkan, tulang saya tidak berapa okey. Namun, badan semua normal dan tiada masalah kesihatan lain.

“Cuma ada masalah tulang yang mengganggu tumbesaran,” ujarnya lagi.

Imbasnya, Syira bersyukur kerana ketika di bangku sekolah, dia tidak pernah menerima ejekan atau dibuli oleh rakan sebaya.

Akuinya, gurauan kecil daripada kawan-kawannya itu sentiasa ada.

Katanya, mereka gemar memintanya duduk di barisan paling hadapan tidak kira di dalam kelas atau perhimpunan harian.

“Waktu sekolah dulu, tak ada yang ejek-ejek teruk. Cuma ada kawan-kawan yang suka bergurau.

“Semua layan saya dengan baik dan jujur sampai ke saat ini.

“Saya rindukan kenangan itu termasuklah di kolej ketika belajar bersama rakan seperjuangan,” tuturnya sebelum menutup bicara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI