HULU TERENGGANU – Seekor ular sawa seberat 120 kilogram (kg) yang menelan enam ekor ayam ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Pelandan di sini hari ini.
reptilia sepanjang 5.4 meter itu ditangkap di dalam reban ayam pada pukul 7.45 pagi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, ular sawa yang kekenyangan itu ditemui melingkar di dalam reban oleh penternak.
“Seramai enam anggota APM Hulu Terengganu bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat tentang penemuan ular sawa.
“Mereka mengambil masa hampir 10 minit untuk menjinakkan sebelum menangkap reptilia itu,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Zabri berkata, ular sawa itu dibawa ke Pejabat APM Hulu Terengganu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – KOSMO! ONLINE