fbpx

300 pengguna terkandas, air sungai melimpah di laluan Gua Musang-Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 100 kenderaan yang melalui jalan Gua Musang-Lojing terkandas selepas air anak Sungai Pos Brooke melimpah akibat hujan lebat hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 100 kenderaan yang menggunakan laluan Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau, di sini terkandas selepas laluan itu dilimpahi air anak Sungai Pos Brooke susulan hujan lebat hari ini.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, kira-kira lebih 300 pengguna laluan ke Cameron Highlands, Pahang atau bandar Gua Musang terkandas lebih enam jam selepas jalan tersebut dinaiki air.

Seorang pengguna jalan, Chia Yon Chan, 30, berkata, dia bersama tiga lagi ahli keluarga yang lain dalam perjalanan menuju ke Cameron Highland, Pahang untuk bercuti.

Katanya, ketika sampai dilokasi kira-kira pukul 10.15 pagi tadi, air sudah melimpah di atas jalan utama yang merupakan laluan untuk ke Cameron Highlands dan Ipoh, Perak.

“Kami terkejut apabila melihat banyak kenderaan terkandas di tepi jalan apabila air dari anak sungai berhampiran melimpah ke atas jalan.

“Kami sekeluarga sepakat untuk berpatah balik selepas melihat tiada tanda-tanda air akan surut kerana hujan masih lagi turun ketika ini,”katanya ketika ditemui pemberita di Pos Blau, di sini hari ini.

Seorang penunggang motosikal, Hazwan Mat Hazmi, 36, berkata, dia bersama 10 lagi peserta konvoi tiba di lokasi laluan yang dinaiki air itu pada pukul 6 pagi.

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Tanah Tinggi Lojing di sini selepas menghadiri program di Temerloh, Pahang.

“Kami terkejut melihat air sudah melimpah di atas jalan utama. Kami sudah menunggu lebih enam jam sehingga pukul 12 tengah hari untuk menunggu air surut.

“Laluan ini menjadi jalan biasa bagi penduduk di sini dan ia kerap dinaiki air apabila hujan lebat. Kami tidak tahu berapa lama perlu menunggu kerana hujan masih lebat di kawasan Tanah Tinggi Lojing,” katanya.

Seorang penduduk Pos Blau, Aminah Zakaria, 45, berkata, air Sungai Brooke akan melimpah sekiranya hujan lebat sehingga menyebabkan air melimpah ke atas jalan.

Katanya, ini merupakan kali kelima jalan tersebut dinaiki air kerana hujan lebat.

“Pihak berwajib sebelum ini telah mengambil tindakan menggali dan membesarkan Sungai Brooke. Langkah itu dilihat tidak berkesan apabila jalan masih lagi dilimpahi air sungai.

“Penduduk Orang Asli juga terputus bekalan makanan kerana kebanyakan kedai terletak di arah laluan ke Gua Musang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI