GOMBAK – Perselisihan faham antara dua beradik bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya mati akibat dibunuh di Sungai Choh, Rawang, di sini, semalam.
Difahamkan, pergelutan telah berlaku antara dua beradik tersebut sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Mayat mangsa seterusnya ditanam di belakang kediaman mereka bagi menyembunyikan perkara terbabit daripada pengetahuan pihak berkuasa.
Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.
“Maklumat lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat,”ujarnya.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]