fbpx

Banduan penjara Brazil dikawal angsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angsa diketahui mempunyai kebolehan pendengaran yang amat bagus dan akan membuat bising sekiranya ia mengesan bunyi asing. – Oddity Central

BRASILIA, BRAZIL – Sebuah penjara di negeri Santa Catarina menggunakan itik angsa sebagai pengawal kemudahan tersebut bagi menggantikan anjing dalam usaha mencegah banduan daripada melarikan diri, lapor laman berita Oddity Central.

Kompleks Penjara dekat bandar Florianopolis, menjadi satu lagi daripada beberapa penjara di Brazil yang menggunakan angsa sebagai pengawal.

Beberapa kemudahan penjara di negara itu menggunakan kaedah serupa sebelum ini serta mendakwa bahawa kaedah tersebut lebih berkesan dan murah.

Angsa diketahui mempunyai kebolehan pendengaran yang amat bagus dan akan membuat bising sekiranya ia mengesan bunyi asing.

Ia seterusnya akan memberi amaran kepada pengawal penjara sebenar.

“Waktu malam amat sunyi. Malah, ketika siang pun suasana menjadi sunyi (di penjara). Justeru, angsa adalah haiwan paling sesuai untuk keadaan seperti ini,” kata Pengarah Kompleks Penjara, Marcos Roberto de Souza. 

Kawanan pengawal angsa itu ditugaskan untuk meronda di ruang antara pagar di dalam penjara dan dinding utama bahagian luarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI