JAKARTA – Satu rakaman video menunjukkan seorang transgender tidak mahu lagi kelihatan seperti wanita selepas menonton filem Seksa Neraka di Indonesia, lapor portal berita Tribun Trends hari ini.
Rakaman video mengenainya dimuat naik seorang pengguna Instagram menerusi akaun @arenafakta. Ia memaparkan reaksi transgender tersebut yang namanya tidak didedahkan selepas menonton filem berkenaan, arahan Anggy Umbara.
Dia ditanya oleh individu yang membuat rakaman itu tentang pandangannnya selepas menonton filem tersebut.
“Alhamdulillah, hari ini (ketika menonton filem itu) mahu insaf. Seksa neraka itu memang benar,” katanya.
Lelaki yang menampilkan dirinya seperti wanita itu juga mahu menggunting rambut dan tidak lagi mahu menjadi golongan transgender.
Dia berjanji untuk menjadi seorang lelaki sejati.
Netizen yang menonton rakaman video itu turut mendoakan supaya dia kembali menjadi lelaki yang sejati. – AGENSI