fbpx

Ular sawa lebih 3 meter mati penangan gigitan lelaki 48 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALERIA menggigit ular sawa hingga mati di Bohol, Rabu lalu. - Foto Viral Press

MANILA  – Seorang lelaki terselamat daripada serangan ular sawa apabila dia menggigit ular sepanjang 3.04 meter (m) itu hingga mati, manakala penduduk kampung memanggang reptilia itu dan memakan dagingnya, lapor portal berita Mail Online semalam.

Boljulio Aleria, 48, sedang menunggang motosikal di wilayah Bohol, Filipina, apabila ular itu muncul dari kawasan padang rumput dan menghalang laluannya.

Dia berhenti dan menunggu ular itu untuk beredar  tetapi terkejut apabila reptilia itu merayap ke arahnya dan membelitnya pagi Rabu lalu.

“Saya menggigit ular itu sehingga kulitnya koyak. Apabila kulitnya terkoyak, saya menggigit pula dagingnya. Barulah lilitan ular itu longgar,” kata mangsa.

Walaupun pening akibat kehilangan darah, Aleria sempat bergegas ke rumah terdekat untuk menghubungi doktor.

“Saya sudah berasa pening kerana hilang banyak darah,” katanya.

Anggota-anggota paramedik membawanya ke sebuah hospital di Bandar Tagbilaran untuk mendapatkan rawatan.

Taring ular itu telah menusuk pergelangan tangannya tetapi tidak mengenai arteri utama.

Aleria berkata, bangkai ular tersebut dimakan penduduk kampung yang membakar reptilia itu di atas api. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI