fbpx

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman kejadian itu tular di media sosial China pada minggu ini. - WEIBO

BEIJING – Pihak berkuasa China menyiasat sebuah hospital susulan insiden tular seorang pakar bedah menumbuk pesakit semasa pembedahan, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Kumpulan induk hospital itu, Aier China menggantung tugas pakar bedah tersebut dan memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pusat perubatan berkenaan selepas rakaman kejadian pada 2019 itu tular minggu ini.

Berdasarkan rakaman, pakar bedah itu dilihat menumbuk kepala pesakit sebanyak tiga kali dalam satu pembedahan mata.

Aier China berkata, kejadian berlaku di sebuah hospitalnya di bandar Guigang, barat daya China.

Pesakit tersebut ialah seorang wanita berusia 82 tahun dan ‘semasa pembedahan, dia menunjukkan tingkah laku yang gagal dikawal selepas dibius. 

Ketika pembedahan, pesakit itu menggerakkan kepala dan bebola matanya beberapa kali.

Memandangkan pesakit itu hanya boleh bertutur dalam dialek tempatan dan tidak mematuhi amaran doktor dalam bahasa Mandarin, pakar bedah itu terpaksa ‘merawatnya secara kasar dalam situasi kecemasan’.

Anak lelaki pesakit berkenaan berkata, pihak hospital meminta maaf dan membayar pampasan 500 yuan (RM325) selepas pembedahan. 

Menurut lelaki itu, mata kiri ibunya buta selepas pembedahan, namun tidak dijelaskan sama ada ia berpunca daripada kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI