fbpx

Ibu sering terbayang anak sebelum anak terbunuh kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan keluarga Mohamad dan isterinya, Norizan bersama anak mereka, Allahyarhamah Munirah Mohamad.

SIK – Seorang ibu beberapa kali melihat bayangan anak perempuannya sebelum anaknya itu terbunuh dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 118.5 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bertam, Pulau Pinang pada semalam.

Menurut Mohamad Jusoh, 65, isterinya, Norizan Saad, 63, sering ternampak bayangan anak keenam daripada tujuh beradik, Allahyarhamah Munirah Mohamad, 24, dalam keadaan yang cantik.

“Isteri saya nampak anak lebih cantik berbanding hari-hari biasa, namun tidak mengesyaki apa-apa. Rupa-rupanya ia petanda Munirah akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jeneri, di sini hari ini.

Katanya, kemalangan berlaku ketika anak kesayangannya itu dalam perjalanan ke rumah rakan baiknya di Bukit Raya, dekat sini untuk meraikan majlis perkahwinan rakannya itu hari ini.

“Anak terlibat kemalangan apabila motosikal dinaikinya terlanggar belakang sebuah lori yang rosak di bahu jalan menyebabkan dia cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Katanya, Munirah tinggal di rumah sewa di Pulau Pinang kerana perlu berulang-alik dengan motosikal ke tempat kerjanya di Butterworth.

“Setelah tamat pengajiannya di Universiti Perguruan Sultan Idris, setahun lalu, dia tidak pernah menunggang motosikal jika mahu pulang ke kampung.

“Sebelum bergerak petang semalam, arwah hanya menghubungi adik bongsunya tetapi saya tidak tahu apa yang dibualkannya.

“Kali terakhir kami jumpa pada 10 Disember lalu, Munirah balik kampung untuk meraikan hari kelahiran saya dan menghadiahkan dompet duit yang harganya agak mahal,” katanya.

Tambahnya, arwah seorang anak yang baik dan dia akan memeluk serta menciumnya seperti biasa apabila berjumpa.

“Munirah telah bertunang dengan lelaki dari Yan sebelum Ogos lalu dan dijangka melangsungkan perkahwinannya pada Hari Raya Aidiladha tahun hadapan tetapi apakan daya jodohnya tiada,” katanya

Jenazahnya Allahyarham Munirah akan dikebumikan selepas solat asar di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jeneri, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI