fbpx

Banjir: Mangsa di Pasir Mas turun 1,004 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk di Kampung Kusar, Rantau Panjang yang masih terjejas akibat banjir termenung kelmarin. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas dekat sini menurun kepada 1,004 orang berbanding 1,492 pada petang semalam meskipun cuaca hujan renyai-renyai di kebanyakan kawasan di Kelantan hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, jumlah itu menunjukkan pengurangan sebanyak 488 mangsa yang ditempatkan di tiga buah pusat PPS di daerah tersebut.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 295 buah keluarga.

“Daripada jumlah tersebut Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 530 orang diikuti, SK Gual Periok (366) dan Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (108).

“PPS SK Sri Kiambang yang sebelum ini menjadi tempat berlindung kepada 421 mangsa ditutup sepenuhnya petang semalam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu yang melepasi paras berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI