fbpx

[VIDEO] Cakap ‘KL’ bila perlu, takut dikata lupa daratan – Haziq Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS dikenali kerana bakatnya mengacara, Haziq Asyraf kini menceburi bidang lakonan.

PETALING JAYA – Pelakon cilik, Haziq Asyraf mengakui agak sukar untuk bertutur dalam ‘bahasa Kuala Lumpur’ kerana loghat utaranya agak pekat.

Pemilik nama penuh Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, itu bagaimanapun enggan menjadikan hal tersebut penghalang buat dirinya selain sering berlatih bagi melancarkan pertuturan.

“Sebenarnya susah juga nak ‘cakap KL’ kerana loghat utara saya pekat.

“Namun, saya hanya akan bertutur cara KL bila perlu, risau orang cakap lupa daratan dan sengaja lupakan loghat Kedah,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Dia yang terkenal sebagai hos cilik viral itu turut berlatih bagi melancarkan kefasihannya bertutur bahasa baku demi bidang lakonan yang baru diceburinya.

“Memang ada berlatih untuk lakonan. Saya hanya akan cakap KL bila berlakon sahaja.

“Saya akan kekal menggunakan dialek utara dalam perbualan dan sebagainya,” tuturnya.

Sebelum ini, Haziq mula menjadi perhatian ramai apabila membuat liputan secara langsung melalui akaun media sosial berhubung penemuan seekor ular sawa di dalam longkang di Pasar Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Susulan daripada itu, ramai berpendapat dia mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi wartawan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI