fbpx

Uyaina Arshad idolakan Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA (kanan) mengakui amat meminati Sarimah yang dianggap sebagai pengacara berkaliber.

PETALING JAYA – “Saya memang minat Che Puan Sarimah Ibrahim.”

Versatil, itu yang antara sebab utama pengacara, Uyaina sangat meminati cara pengacaraan Sarimah dalam mana-mana program televisyen.

Menurut Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, Sarimah disifatkan sebagai pengacara yang mampu mengendalikan pelbagai jenis program termasuk hiburan mahupun hal ehwal semasa.

“Dia hebat, mampu menjadi hos untuk pelbagai program.

“Cara dia mengacarakan sesuatu acara juga sangat menyeronokkan dan tidak bosan ditonton,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambah Uyaina yang juga pelakon, dia memasang impian untuk bergandingan dengan Sarimah dalam mana-mana program televisyen kelak.

“Siapa yang tak mahu bergandingan dengan nama besar sepertinya, saya pun ada impian tersebut.

“Harap satu hari nanti diberikan peluang tersebut dan dapat menimba banyak ilmu mengenai dunia pengacaraan daripadanya,” katanya lagi.

Selain itu, Uyaina turut pasang impian menjadi pengacara bagi acara berprestij seperti Anugerah Juara Lagu.

“Mungkin rezeki saya belum sampai ke arah itu tetapi kalau diberi peluang memang tidak akan lepaskan.

“Sebagai pengacara, pastinya ada cita-cita untuk mengendalikan program-program hebat. Sebenarnya impian sebegitu lebih kepada kepuasan diri.

“Saya masih lagi belajar banyak benda tetapi jika dapat, Alhamdulillah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI