fbpx

Wanita didakwa maut setelah makan sandwich basi di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran seorang pengguna di grup Facebook Pengguna LPT (Lebuhraya Pantai Timur).

PETALING JAYA – Seorang wanita pilu apabila ibu saudaranya meninggal dunia didakwa akibat keracunan makanan setelah membeli makanan di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) .

Menurut hantarannya di grup Facebook Pengguna LPT (Lebuhraya Pantai Timur), ibu saudaranya sedang dalam perjalanan dari Johor ke Terengganu untuk mendaftar anak di sebuah universiti awam tempatan.

“Singgah makan di R&R, makan sandwich. Basi rupanya. Kena keracunan makanan. Ada dua mangsa, mak cik dan anak buah tetapi mak cik lebih teruk.

“Mak cik kritikal, kerap muntah dan cirit-birit. Lepas masuk air, mak cik pengsan. Akhirnya, mak cik saya dimasukkan ke Hospital Sultanah Zahirah dan disahkan meninggal dunia malam tadi,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, jenazah ibu saudaranya itu kini telah selamat dibawa pulang ke Johor Bahru untuk urusan pengebumian.

“Insiden ini makan masa dua hari sahaja. Kami sekeluarga amat dukacita. Kepada semua, berhati-hatilah ketika makan.

“Kepada para peniaga pula, tolonglah bertanggungjawab dan sediakan makanan yang bersih dan elakkan menjual makanan yang tidak habis,” katanya.

Tambahnya, pihak hospital telah membuat laporan berkenaan kajian berkenaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semoga ada tindakan yang akan diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI