fbpx

PDRM umum pertukaran Ketua Polis Johor, 5 Ketua Polis Daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia mengumumkan sebanyak 42 pertukaran pegawai kanan membabitkan pelantikan Ketua Polis Johor dan lima Ketua Polis Daerah berkuatkuasa pada 23 Januari 2024.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner (DCP) Alzafny Ahmad berkata, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu dilantik sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat komisioner (CP).

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Affandi Senin pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.

“Superintendan (Supt) Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Mohamad Nasir Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Taiping Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

“Timbalan Ketua Polis Gombak, Selangor Supt. Noor Ariffin Mohamad Nasir dilantik sebagai Ketua Polis Gombak dengan memangku pangkat ACP.

“Ketua Polis Daerah Taiping, Perak, ACP Razlam Ab. Hamid dilantik menjadi Ketua Polis Dadrah Timur Laut, Pulau Pinang sementara Pengarah Keselamatan, Universiti Malaya, ACP Mohamad Hatta Che Din dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Turut dilantik, Timbalan Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Pulau Pinang, ACP Helmi Aris sebagai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Dalam pada itu itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Abu Samah Mohd. Noor, dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur sementara Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Adzli Abu Shah, yang dinaikkan pangkat sebagai CP dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI