KUALA LUMPUR – Seorang warga Nigeria bertindak mencampak cucu tirinya dari tingkat empat sebelum bertindak terjun di sebuah apartmen di Danau, Setapak hari ini.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi suspek dipercayai mencampak telefon bimbit sebelum menghempas kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga warga tempatan dari tingkat rumahnya.
Difahamkan, suspek bertindak dalam keadaan bogel.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini. – K! ONLINE