fbpx

Nestle mahu tanam 4 juta pokok tahun depan di bawah projek RELeaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARANOLS (dua dari kanan) pada program tanam pokok di Kinabatangan, Sabah.

PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah berjaya menanam sebanyak 2.5 juta pokok secara keseluruhannya di bawah Projek RELeaf dan ini menunjukkan komitmennya untuk menjadi penyumbang penting kepada usaha pemulihan ekologi negara di bawah kempen penghijauan Malaysia.

Pencapaian ini memperlihatkan komitmen kukuh syarikat kepada amalan lestari dan pemuliharaan alam sekitar menerusi strategi positif hutan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, program penghutanan semula anjuran syarikat mencerminkan komitmen jangka panjang untuk membantu Malaysia memulihkan khazanah ekosistemnya dan melindungi

biodiversiti, mengurangkan kesan perubahan iklim dan dalam pada itu membuka peluang bagi meningkatkan punca pendapatan komuniti luar bandar. 

“Program penghutanan semula ini adalah satu daripada pelbagai cara kami berusaha mencetus perubahan positif,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, jelas Aranols,  syarikat juga akan meneruskan usaha menanam 1.5 juta lagi pokok menjelang separuh pertama 2025 untuk mencapai angka empat juta pokok.

Nestlé Malaysia telah menerajui program penanaman satu juta pokok di Kinabatangan Wetlands, Sabah yang penting dari segi ekologi, dari tahun 2011 hingga 2020.

Kemudian dari Sabah ia diperluaskan ke Semenanjung Malaysia, termasuk di sepanjang Tulang Belakang Hutan Tengah dan lokasi-lokasi di Kuala Selangor, Perlis dan Terengganu.

Tumpuan program adalah  untuk mencipta koridor semulajadi bagi hidupan liar untukmengurangkan interaksi manusia-haiwan dengan enghubungkan hutan-hutanyang terpisah di dalam ladang-ladang kelapa sawit. 

Koridor tersebut akan mewujudkan kawasan perlindungan bagi spesies tempatan yang terancam seperti orang utan, gajah pigmi, burung enggang, dan monyet probosis. 

Projek ini juga bertujuan memulihkan zon penampan riparian di sepanjang Sungai Kinabatangan dan sungai-sungai di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang menjadi rakan kerjasama untuk menentang pencemaran air.

Sama seperti inisiatif terdahulu, Projek ReLeaf telah muncul sebagai pemangkin bagi transformasi positif dalam kalangan komuniti luar bandar tempatan, melibatkanlebih daripada 300 anggota masyarakat. 

Usaha terangkum ini melibatkan penyertaan komuniti Orang Asli, termasuk ramai wanita, di Kinabatangan, Sabah dan pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Aktiviti utama mereka melibatkan penanaman dan penjagaan anak benih dan memantau pemindahannya ke tapak penanaman apabila mencapai saiz tertentu.  -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI