fbpx

Gadis maut, 126 kanak-kanak diserang penyakit misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas perubatan dikejarkan ke stesen kereta api di Penza untuk merawat penumpang yang bergejala. - Krasnodon administration / East2west News

MOSCOW – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia, manakala lebih 100 yang lain dikejarkan ke hospital selepas mereka jatuh sakit semasa menaiki sebuah kereta api di Russia.

Akhbar Daily Star UK melaporkan, kesemua kanak-kanak yang berasal dari wilayah Luhansk itu mengadu mengalami demam panas ketika dalam perjalanan pulang dari ‘percutian’ di Tyumen, Siberia.

Pada awalnya, 60 kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda sesak nafas akut, manakala tujuh lagi merekodkan suhu badan tinggi. 

Sepasukan doktor dipanggil apabila kereta api itu berhenti di Penza. Mereka berusaha menyelamatkan Veronika Yu, 12, yang mengalami gejala demam sangat teruk dengan bacaan suhu badan 39 darjah Celsius.

Budak perempuan itu diberikan ubat, namun dia kemudian tidak sedarkan diri. Doktor-doktor gagal membantunya dan pesakit akhirnya meninggal dunia.

“Apabila gadis itu tidak sedarkan diri, pengurus kereta api segera dimaklumkan. Sebuah ambulans telah dihantar ke stesen terdekat, namun doktor-doktor gagal merawat gadis itu,” kata sumber kepada saluran berita REN TV.

Selepas kematian tragis itu, kereta api tersebut meneruskan perjalanan ke stesen Balashov di Saratov  di mana ambulans dan petugas perubatan sedang menunggu untuk melakukan pemeriksaan lanjut. 

Seramai 126 kanak-kanak dan 11 orang dewasa kemudian dikenal pasti bergejala sebelum dibawa ke sebuah hospital penyakit berjangkit di bandar Saratov.

Kesemua pesakit dilaporkan mengunjungi kem Olimpik Rebyachka di barat Siberia, mendorong pihak berkuasa memeriksa kanak-kanak yang masih berada di sana. 

Laporan tempatan mencadangkan wabak itu mungkin disebabkan oleh Influenza A, tetapi pemeriksaan lanjut masih diteruskan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI