fbpx

Gripp mahu kembalikan kegemilangan selipar getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gripp Marketing aktif menjalankan promosi untuk mengukuhkan imej produk dalam kalangan kumpulan sasarannya.

PETALING JAYA – Gripp Marketing Sdn. Bhd. memperkenalkan selipar getah  terbaharunya berjenama Gripp yang mengetengahkan konsep gaya baharu.

Pengasas syarikat, Jack Lim berkata, jenama tersebut adalah inisiatif terbaharunya untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan selipar getah berjenama Fipper  yang pernah menjadi tular sebelum ini.

Menurut beliau yang berpengalaman dalam inovasi selipar getah selama 15 tahun berkata, Gripp tampil dengan konsep streetwear dan sesuai digayakan dengan semua jenis pakaian. 

“Gripp juga mempunyai sasaran pelanggan yang berbeza, berbanding jenama sebelum ini dengan menyasarkan golongan muda yang kreatif, berdaya saing dan bijak bergaya mengikut peredaran semasa. 

“Produk kali ini juga mempunyai reka bentuk yang berbeza dan warna yang lebih menarik, oleh itu, ia akan menjadi fenomena baharu selepas tiada lagi jenama lain yang berjaya mendapat tempat dan menjadi bualan hangat golongan muda masa kini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. 

Lim menjelaskan, produk yang dijual pada harga berpatutan bermula RM15.90 ini bersesuaian digayakan untuk lelaki dan wanita berasa cukup selesa untuk kegunaan di rumah, juga cantik untuk beriadah dan melakukan aktiviti harian. 

“Sempena pelancaran jenama Gripp dan juga tujuan pemasaran, pihak syarikat akan memberikan selipar percuma sebanyak 3,500 pasang selipar bermula dari 30 Disember 2023 hingga 5 Januari 2024,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI