fbpx

Pelajar biadab, ganggu kelas guru diselar netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi X berkenaan sikap biadab segelintir pelajar dalam sebuah kelas tuisyen dalam talian.

PETALING JAYA – Sikap segelintir pelajar yang bertindak biadab ketika seorang guru tuisyen sedang mengajar secara dalam talian menjadi tular baru-baru ini setelah mendapat kecaman pengguna media sosial.

Dalam video yang dikongsikan oleh @aqilfeelihy di aplikasi X, murid di sebuah pusat tuisyen ternama bertindak menganggu proses pembelajaran dengan soalan-soalan yang remeh dan kurang ajar sehingga menganggu konsentrasi guru yang mengajar.

“Kelas sudah berlangsung selama 30 minit. Apa yang saya hendak pesan di sini adalah penting, iaitu tentang hormat. ‘Respect is to be earned not to be given’,” kata guru terbabit usai membaca komen biadap berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan sikap pelajar yang bukan sahaja kurang ajar, tetapi juga berani melontarkan gurauan yang sensitif serta biadab terhadap guru sendiri.

“Sebenarnya, adab dan ikhlas ini saling berkait rapat. Kalau anak murid tidak ada adab, guru pun jadi tak ikhlas nak mengajar,” kata Salem.

“Pulangkan duit budak ini, ‘blacklist’ (senarai hitam) sahaja terus kalau tak ada adab macam ini,” kata Soufi.

“Rasanya ini adalah antara kelemahan bila buat kelas secara dalam talian, kebanyakan pelajar acah berani sebab dia duduk belakang skrin. Kalau ada depan muka, rasanya cikgu itu dah boleh hilang sabar. Hormat cikgu adalah kunci kejayaan,” kata Zafran.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 9,100 tanda suka dan 5,300 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI