fbpx

Lima agensi serbu penempatan Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 14 buah penempatan Rohingya diperiksa dalam Operasi Bersepadu di Parit Haji Ali Bagan Serai, kelmarin.- Foto Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Seorang masing-masing warga Myanmar etnik Rohingya dan rakyat tempatan ditangkap dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Kampung Parit Haji Ali, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, operasi bersepadu itu dilancarkan susulan video tular berhubung aduan penduduk yang berasa bimbang dengan penempatan etnik Rohingya di kampung tersebut, baru-baru ini.

“Susulan itu, satu operasi bersepadu dilancarkan melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1, Jabatan Imigresen Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian, Pejabat Agama Islam Daerah Kerian dan Majlis Daerah Kerian membuat pemeriksaan di penempatan itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas 14 buah rumah di kawasan itu mendapati terdapat seramai 19 warga Myanmar dan seorang warga tempatan menetap di kawasan tersebut,” katanya.

Menurut Juna, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini untuk tindakan pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen.

“Pemeriksaan mendapati 18 daripada mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) yang sah dan dibebaskan tanpa syarat, manakala seorang lagi ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI