fbpx

Banjir: Mangsa di Pasir Mas terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang, semalam. Foto ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di daerah Pasir Mas terus menurun apabila seramai 2,149 individu berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 2,824 orang pada petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Banjir Kelantan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, semua mangsa yang terdiri daripada 655 keluarga itu ditempatkan di sembilan PPS selepas Madrasah Tasek Bakong ditutup.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh kekal menjadi PPS tertinggi yang menempatkan mangsa bah apabila seramai 777 orang masih berlindung diikuti, SK Gual Periok (492) SK Sri Kiambang (152) dan Masjid Mukim Padang Licin (258).

“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial pula menempatkan seramai 108 mangsa, SK Kedai Tanjong (78), SMK Gual Periok (49), SK Gual Tinggi (36) dan Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (53),” katanya.

Menurut sekretariat itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini semakin menurun, namun masih berada pada bacaan amaran.

Tambahnya, tahap Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu, Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) dan Sungai Semerak (Pasir Puteh) pula berada pada paras berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI