fbpx

Isteri kenakan renjatan elektrik pada suami mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

NEW DELHI – Seorang wanita berusia 32 tahun di negeri Uttar Pradesh, India dihukum penjara kerana mencederakan suaminya dengan renjatan elektrik sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Laman berita Ary News melaporkan, polis di daerah Agra menahan wanita dikenali sebagai Preeti Kushwaha kerana membunuh suaminya, Neeraj Kushwaha ketika dia sedang tidur.

Preeti  dihadapkan ke mahkamah di Agra sebelum dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari.

Ketika kejadian, Preeti mengikat wayar elektrik pada jari kaki suaminya sebelum disambungkan pada soket. 

Selepas membunuh suaminya, Preeti tinggal bersama mayat mangsa sepanjang malam dan menyerah diri di balai polis pada keesokan paginya.

“Polis mengetahui jenayah itu apabila Preeti mengunjungi balai polis tempatan sekitar jam 10 pagi Isnin lalu dan meminta mereka mengambil mayat yang terbaring di rumah,” kata seorang pegawai polis.

Semasa soal siasat, Preeti memberitahu bahawa Neeraj sering pulang dalam keadaan mabuk sebelum membelasah dia di hadapan dua anak perempuan mereka.

Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat renjatan elektrik. Dua kanaka-kanak itu kini dilaporkan tinggal bersama datuk dan nenek mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI