fbpx

Suami curang dengan ibu mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Katherine sukar mempercayai bahawa dua individu yang paling dipercayai di dunia tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. – TikTok

BOISE, IDAHO  –  Seorang wanita di negeri Idaho  mendedahkan kisah hidupnya yang dikhianati ibu kandung sendiri apabila si ibu  menjalin hubungan sulit bersama suaminya, lapor akhbar Daily Express semalam.

Wanita dikenali sebagai Katherine itu menerusi pendedahan di platform TikTok berkata, dia sukar mempercayai bahawa dua individu yang  paling dipercayai  itu  tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Menurut Katherine, semuanya bermula apabila  suami mengurut kaki ibunya di hadapan dia sendiri.

“Dua hari sebelum sambutan Hari Kekasih, dia (kini bekas suami) memberikan bunga kepada saya dan ibu,” katanya.

Dalam satu kejadian, ibu kepada dua anak itu berkata, pasangan tersebut pernah memberitahu bahawa mereka akan berkahwin sekiranya Katherine dan bapanya meninggal dnia.

“Mengapa saya tidak berkata apa-apa ketika itu? Ia kerana saya enggan menerima kenyataan bahawa dua individu yang saya paling percaya di dunia ini sanggup mengkhianati kepercayaan yang saya berikan,” ujarnya.

Tambahnya, tindak-tanduk ibu dan suaminya semakin mencurigakan sehinggakan ahli keluarga mereka yang lain turut menyuarakan kebimbangan serupa.

Akhirnya, selepas saudara perempuan Katherine menyaksikan sendiri ibu dan suaminya berkelakuan tidak senonoh di rumah mereka, wanita tersebut memberanikan diri meminta penjelasan.

“Suami mengaku bahawa mereka menjalin hubungan sulit. Dia menceritakan setiap butiran kelakuan mereka. Dia juga menuduh saya adalah isteri dan ibu yang teruk serta kelihatan berbangga sekali,” katanya.

Katherine akhirnya membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya dan sehingga kini, dia tidak pernah bertemu dengan ibunya selama dua tahun.

Hubungan pasangan kekasih itu juga dikatakan sudah berakhir. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI