fbpx

Tanah runtuh Puchong: Baik pulih fasa pertama selesai Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han (dua kanan) ketika meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong hari ini.

SERDANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han memaklumkan kerja-kerja membaik pulih bagi fasa pertama berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, di sini dijangka selesai Ahad ini.

Sze Han berkata, pihaknya kini berusaha memastikan kawasan cerun tersebut selamat dan kukuh bagi membolehkan penduduk terjejas untuk berpindah semula ke rumah mereka dengan kadar segera.

“Perkara yang paling penting adalah (penduduk) ingin pindah balik ke rumah mereka. Jadi, kita perlu pastikan rumah itu selamat.

“Justeru, kerja-kerja baik pulih kini sedang giat dilaksanakan sekiranya cuaca membenarkan dan fasa pertama (pemasangan cerucuk), kita jangka siap Ahad ini,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, di sini, hari ini.

Berhubung kejadian tersebut, Sze Han turut memberikan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah melibatkan sembilan buah rumah bagi meringankan beban penduduk yang terlibat.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, beliau akan memanjangkan permintaan penduduk mengenai pampasan berkaitan kerosakan yang berlaku kepada rumah mereka dalam mesyuarat akan datang.

“Ini termasuk mengeluarkan kenderaan penghuni dari rumah mereka. Kita juga akan (berbincang) bersama agensi untuk mencari kaedah terbaik dan selamat untuk melaksanakannya dalam masa terdekat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI