fbpx

Inter Milan tersingkir, hilang penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ

MILAN – Juara bertahan, Inter Milan terpaksa membayar harga mahal terhadap kekalahan 1-2 di tangan Bologna pada pusingan ketiga Piala Itali di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Bukan sahaja gagal mempertahankan kejuaraan dimenangi dua musim berturut-turut, tetapi Nerazzurri berkemungkinan besar kehilangan khidmat penyerang utama, Lautaro Martinez untuk satu tempoh panjang.

Martinez, 26, gagal meneruskan perlawanan kerana mengalami kecederaan pangkal paha kiri menyebabkannya terpaksa digantikan oleh Henrikh Mkhitaryan pada separuh masa pertama tambahan masa.

“Kita masih menilai tahap kecederaannya dan berharap ia tidaklah serius. Saya optimis kerana pasukan perubatan kelihatan tenang, tetapi kita perku tunggu beberapa hari selepas ini,” kata Jurulatih Inter, Simone Inzaghi.

Kegagalan Martinez menyempurnakan sepakan penalti dalam babak kedua menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa bertarung dalam tambahan masa sebelum Inter meraih gol menerusi Carlos Augusto pada minit ke-92.

Bagaimanapun, Bologna yang dikendalikan bekas pemain Inter, Thiago Motta, bangkit memenangi perlawanan itu dengan dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Sam Beukema dan Dan Ndoye pada minit ke-112 serta 116.

“Ia amat mengecewakan kerana kami memenangi piala ini selama dua tahun berturut-turut. Bagi saya, kami berhak memenanginya, tetapi inilah bola sepak, sentiasa penuh dengan kejutan.

“Kesilapan kami adalah pada 15 minit terakhir tambahan masa. Tempoh ini mengubah segala-galanya selepas kami bermain baik sepanjang 90 minit. Apapun saya tetap memuji kesungguhan para pemain,” jelas Inzaghi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI