fbpx

EPL: Amaran pertama Espirito Santo di Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPIRITO SANTO menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bersama Forest dan berdepan tugas mencabar memulihkan prestasi pasukan itu. - AFP

NOTTINGHAM – Pengurus baharu Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo seakan memberikan amaran kepada para pemainnya pada hari pertama bertugas di kelab itu selepas menandatangani kontrak selama dua setengah tahun.

Pengendali dari Portugal itu mengakui Forest memiliki skuad yang terlalu besar sekali gus ia menjadi peringatan penting kepada semua pemainnya untuk memberikan aksi terbaik sekiranya mahu terus kekal di City Ground.

Espirito Santo menandatangani kontrak sehingga Jun 2026 dengan menerima gaji sebanyak £5 juta (RM29.38 juta) setahun bagi menggantikan Steve Cooper yang dipecat dan tugasnya bakal bermula ketika menentang Bournemouth untuk mendapatkan kemenangan.

“Saya tidak pernah menguruskan sebuah pasukan yang besar seperti ini. Ia menjadi cabaran buat kami dan semua pemain yang berada di kelab ini akan mendapat peluang baharu, terutama mereka yang tidak bermain sebelum ini.

“Saya mahu semua orang terlibat dan memberikan komitmen supaya kami mempunyai lebih banyak pilihan. Saya berjanji akan menjadikan pasukan ini lebih tersusun dan mampu memberikan segala-galanya,” katanya.

Sepanjang karier di Liga Perdana Inggeris, Espirito Santo melalui tempoh tiga tahun yang cemerlang ketika mengemudi Wolverhampton sebelum membuat keputusan berhijrah ke Tottenham Hotspur, namun ia menjadi mimpi ngeri apabila hanya sempat bertugas selama empat bulan sebelum dipecat.

“Tidak ada penyesalan buat saya di Tottenham. Apa yang berlaku, sudah pun berlaku dan saya sangat bertuah diberikan peluang berada di sana. Apa yang diinginkan tidak berjalan lancar, namun kita perlu bergerak ke hadapan.

“Sekarang saya gembira untuk menyertai Forest. Apa yang dilakukan oleh Steve sebelum ini adalah suatu yang hebat, membawa kelab ini kembali ke saingan utama. Kami akan cuba meneruskan legasi tersebut,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI