fbpx

Lelaki Thailand dicekup, tak sempat edar 100,000 pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas selepas menahan seorang lelaki warganegara Thailand di Jalan Kuala Krai, Tunjong dekat Kota Bharu semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga Thailand dicekup ketika menunggu pelanggan untuk menyerahkan sebanyak 100,000 pil kuda bernilai RM651,475 di Jalan Kuala Krai, Tunjong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 36 tahun itu diberkas kira-kira pukul 11.45 malam sebaik keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis, rakan suspek yang merupakan pemandu kereta bertindak merempuh dua buah kenderaan polis sebelum memecut ke arah Jalan Kuala Krai-Tunjong, di sini.

“Anggota polis sempat menahan lelaki warga Thailand itu selepas dia keluar dari kereta terbabit. Pemeriksaan di dalam sebuah beg yang dibawa suspek kemudiannya menemui 100,000 pil kuda seberat lebih 11.8 kilogram.

“Polis menyita seutas jam tangan yang dipakai suspek. Lelaki itu dipercayai memasuki negeri ini secara tidak sah melalui sempadan Malaysia-Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI