fbpx

Pemandu, kelindan lori maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa maut yang tersepit dalam kemalangan tiga buah lori di KM 164.8, susur RNR Tangkak, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.

TANGKAK – Seorang pemandu dan kelindannya maut manakala tiga lagi terselamat dalam satu nahas tiga buah lori di Kilometer (KM) 164.8, susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tangkak, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai BBP Tangkak, PPgB Rafiah Aziz, kemalangan dipercayai berlaku pada pukul 4.26 pagi tadi melibatkan sebuah lori 5 tan jenis Isuzu, sebuah lori jenis Hino dan juga sebuah lori 5 tan jenis Hino.

“Mangsa di dalam lori Isuzu didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. Tiga lagi mangsa dalam lori jenis Hino dan juga sebuah lori 5 tan jenis Hino terselamat.

“Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Difahamkan ke semua lori yang terlibat dalam kemalangan menuju ke arah selatan,,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI