fbpx

Cuepacs sambut baik hala tuju Kementerian Sumber Manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif dan hala tuju awal yang telah ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia yang mahu memperkukuhkan kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan produktiviti pekerja.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, perancangan yang digariskan Kementerian Sumber Manusia adalah selari dengan apa yang diperjuangkan oleh kesatuan pekerja terutama dalam hal yang akan membolehkan para pekerja di negara iini mendapat kadar upah atau gaji yang lebih bermaruah dan wajar.

“Cuepacs berharap Kemeterian Sumber Manusia sentiasa mengambil kira dan menerima setiap pandangan yang dilontarkan oleh kesatuan pekerja terutama dalam soal melibatkan penggubalan Dasar Sumber Manusia yang baharu seperti yang dirancang oleh kementerian.

“Pandangan atau penglibatan daripada wakil-wakil pekerja ini adalah amat penting bagi memastikan setiap dasar yang dilaksanakan kelak sesuai dengan persekitaran kerja semasa di negara ini terutama dalam perspektif ekonomi yang semakin mencabar dan berkembang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa sama katanya, Cuepacs menyambut baik keterbukaan kementerian yang wakil daripada kesatuan pekerja sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri.

“Pelantikan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (Nube), saudara Chee Yeeh Ceeu adalah suatu simbolik kepada keterbukaan Menteri Sumber Manusia dalam mnejalinkan hubungan yang baik dengan warga pekerja terutama dalam mendengar terus padangan daripada akar umbi.

“Cuepacs yakin pelantikan tersebut mampu memberi kesan positif terutama daripada sudut memperkasa dan meningkatkan kebajikan warga pekerja di Malaysia,” katanya.

Adnan berkata, penglibatan Yeeh Ceeu itu diyakini mampu membawa suara pekerja terus kepada saluran yang tepat tanpa sebarang halangan birokrasi dan sebagainya.

“Cuepacs juga berharap Menteri Sumber Manusia sentiasa terbuka terhadap isu-isu yang akan dibawakan oleh kesatuan pekerja agar setiap usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak memberi kesan terbaik kepaa negara dan warga pekerja,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong meletakkan tiga teras utama yang ingin ditekankan di Kementerian iaitu memperkukuhkan kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan keberhasilan (produktiviti) pekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI