fbpx

Siti Jamumall dibiar terbaring 2 jam lepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.

PETALING JAYA – Pempengaruh Siti Jamumall mendedahkan dia telah dibiarkan terbaring selama dua jam di atas jalan raya selepas kemalangan pada Ahad lalu.

Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, 24, dia dibiarkan terbaring dalam tempoh yang agak lama selepas sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.

Oleh demikian, Siti Jamumall yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.

“Allah masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.

“Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya

Siti Jamumall kemudiannya dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat,” ujar usahawan itu lagi.

Dalam pada itu Siti Jamumall memberitahu, ibunya hampir pengsan gara-gara terkejut dengan berita kemalangannya.”Ibu mana yang tidak terkejut dan sedih melihat anaknya terbaring atas jalan raya apatah lagi kemalangan itu hampir meragut nyawa anaknya,” katanya.

Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor pada Ahad lepas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI