fbpx

Suami meninggal dunia selang dua jam isteri hembus nafas terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad dan Norazizah meninggal dunia selang dua jam.

KOTA TINGGI – Jodoh sepasang suami isteri di Felda Air Tawar 4 di sini boleh diibaratkan seperti sehidup semati selepas meninggal dunia selang dua jam.

Mohamad Basar, 60, meninggal dunia akibat strok tidak lama selepas menerima maklumat tentang kematian isterinya Norazizah Jasri, 60, awal pagi tadi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Norazizah telah dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) sejak Isnin lalu akibat jangkitan paru-paru.

“Pasangan berkenaan tinggal berdua sahaja di rumah Blok B1, Felda Air Tawar 4 dan dimaklumkan tidak dikurniakan anak. Pada Isnin isterinya telah dihantar ke HKT untuk menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru.

“Menjelang waktu subuh hari ini pukul 3 pagi dia disahkan meninggal dunia di wad HKT. Punca kematiannya akibat kegagalan fungsi organ dalaman.

“Kira-kira pukul 4 pagi difahamkan jiran telah hadir ke rumah suaminya untuk memaklumkan tentang berita kematian tersebut dan mendapati suami kepada si mati tidak sedarkan diri di ruang bilik solat rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussin berkata, pihak kejiranan telah bertindak menghantar mangsa ke HKT untuk menerima rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi.

Tambahnya, kedua-dua mayat pasangan tersebut telah selamat dikebumikan pagi tadi kira-kira pukul 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Felda Air Tawar 4 di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI